Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Adakah anda peminat Fesyen Muslimah Moden?
Rata-rata antara kita yang bertudung pasti akan tercari-cari fesyen muslimah yang sesuai yang menepati syariat kita sebagai wanita Islam yang bekerja. Lebih-lebih lagi sejak kebelakangan ini ramai juga selebriti tempatan kita yang melakukan hijrah dan memperlihatkan pemakaian Fesyen Muslimah Moden.
Neelofa
Fathia Latiff
Elfira Loy
Fesyen muslimah terkini sekarang memperlihatkan perkembangan gaya baju muslimah yang cukup memberangsangkan terutamanya daripada segi rekaaan dan stail baju itu sendiri. Jika dahulu baju untuk wanita berhijab kebanyakkannya terhad kepada pakaian tradisional sahaja namun kini lebih banyak pilihan boleh dijadikkan pilihan bagi wanita yang berhijab.
Fesyen muslimah juga semakin mendapat perhatian di peringkat antarabangsa. Ini adalah hasil usaha para pereka fesyen dan mereka yang terlibat dalam mengangkat dunia fesyen muslimah ke peringkat global. Hampir di mana-mana sahaja anda boleh dapatkan baju muslimah seperti baju kurung moden, kaftan, jubah dan pelbagai jenis fesyen muslimah yang menarik lagi.